Advertise Here

JB's Colourful Life

- Another Blogger Blog's


Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009. Kami menyambut hari raya tahun ini dalam suasana yang sangat meriah. Ini ada kerana mak dan adik perempuan kami telah sudi untuk berhari raya di Dubai. Mereka datang bercuti selam 12 hari. Selepas sambutan hari raya...kami telah membawa mereka ke Fujairah dan bermalam di sana. Sejak tinggal di Dubai, inilah pertama kali kami bermalam di hotel. Kami telah menempah 3 buah bilik dan sewa untuk setiap bilik ialah Aed 1200 semalam.

Anak-anak perempuan berasa gembira kerana dapat bermain di pantai dan mereka dapat menangkap tapak sulaiman ( Star Fish ). Anak lelaki pula terlalu seronok dengan jet ski dan motorbike masing-masing. Mak hanya duduk didalam bilik kerana kawasan sekitar hotel adalah berbukit-bukit. Adalah sukar untuk mak berjalan-jalan, Kami hanya berjalan-jalan di tepi pantai.



Kami dapat menyaksikan matahari terbenam. Sungguh indah pemandangan di tepi pantai ketika itu. Kelihatan tidak ramai yang bermandi -manda di pantai, mungkin kerana kebanyakan bilik di resort ini adalah villa yang disediakan kolam renang. Lagipun kami menginap disana bukan dihujung minggu.
Comments: (0)




Budak Kecik.....gelaran untuk buah hati kami, Atif Affan Mohammad Ali@Atif Affan Ramli...kata dia. Atif ni sangat manja dan periang. Tapi Atif juga seorang yang sensitif dah mudah merajuk. Kami sayang pada Atif kerana dia sangat jujur.



Kalau Atif tak ada di rumah maka rumah kami sangat sunyi. Rumah kami seperti tidak berpenghuni kerana penghuninya sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing. Hanya Atif akan menjadi penhibur dan akan menjadikan rumah kami riuh rendah. Kalau tidak dengan suara tangisan Atif yang diusik oleh abang-abangnya atau suara Atif yang bermain atau suara Atif yang nak itu dan ini....Atif....kami semua sangat sayang pada Atif.

Bila Ayang balik dari office....selalunya jam 6.30 petang, Atif akan melompat sambil menjerit "chai satu!". Ayang akan terus buat chai ( teh) untuk Atif. Kalau minum chai, Atif mesti nak roti canai jadi kami pun akan siapkan roti canai untuk dia. Sekarang Atif dah pandai makan roti canai cicah susu dan bukan lagi dengan kari. Bila selesai makan.... Atif sambil menggoyang-goyangkan kepalanya....dia berkata,"roti canai sedap tapi chai lagi sedap". Alangkah bahagianya kami bila ada Atif. Buah hati lah katakan.....

Apabila Atif berada di sekolah....Atif pun sama macam di rumah. "Atif is very talkative"....komen guru kelas. Semua kawan di sekolah dan kawan-kawan dalam bas akan diberitahu " I have two brothers and two sisters"......Atif seronok dengan keluarga yang besar. Kami juga gembira dengan pertambahan ahli dalam keluarga kami. Kasih sayang kami yang melimpah tertumpah pada semua ahli keluarga.


Satu perkara yang kami tak akan lupa mengenai Atif masa kecilnya ialah Atif ada ramai 'girlfriend' dan Atif pun selalu berkata, "I have a wife". Atif selalu bercerita pasal girlfriend dia bila balik ke rumah. Tetapi cerita "budak kecik" akan jadi bahan ketawa kami dan tak puas rasanya kalau tak mengusik Atif. Sungguh membahagiakan.

Budak Keciiikkk!!!!....nama yang akan sentiasa bermain dibibir kami.
Comments: (0)


Musim sejuk tahun ini diakhiri dengan percutian Siti Maryam bersama keluarganya di Dubai. Mereka sampai dengan Air Asia di Abu Dhabi pada 4hb Disember 2009. Memeng kami tunggu kedatangan Siti Maryam. Siti Maryam kami....lahir pada 2hb April di Putra Medical Centre Sungai Buloh. Saya berada di "labour room" bersama ibunya. saya menyaksikan sendiri Dr Zarul Azham memyambut Siti Maryam pada saat dia dilahirkan. Suami saya, Mohd Shariff telah memperdengarkan qamat ditelinga Maryam buat pertama kali dia didunia. MasyaAllah....Siti Maryam yang unik.

Siti Maryam, tempat kami mencurahkan kasih sayang yang melimpah ini. Semasa Siti Maryam disini kami telah pun membawa dia ke setiap tempat yang ingin dilawatinya. Siti Maryam akan berada bersama kami selam 25 hari iaitu sepanjang musim cuti sekolah 2009 di Malaysia. Kami berasa sangat seronok. Kami telah membawa Siti Maryam melawat semua negeri dalam United Arab Emirates ini iaitu Sharjah, Ajman, Ras Al Khaimah, Umm Al Quwain Al Ain dan Abu Dhabi. Kami telah berkelah di tepi pantai Fujairah.

Kami juga telah melawat Al Ain dan tempat yang paling istimewa di sini ialah Jabal Hafeeth. Al Mubazzarrah terletak di kaki Jabal Hafeeth adalah merupakan kawasan perkelahan di sini. Kami juga telah berkelah disini sebelum naik ke Jabal Hafeeth. Suhu di Jabal Hafeeth sangat sejuk pada masa itu iaitu kurang daripada 14*C. Kami sempat menunaikan solat maghrib di puncak Jabal Hafeeth iaitu kawasan paling tinggi di UAE. Seronok rasanya apabila bersama Siti Maryam.


Kami juga telah membawa Siti Maryam ke Desert Safari. katanya kalau dah sampai Dubai ni tak ikuti Desert Safari ni ...macam tak lengkap percutian. Di Desert Safari ni ada macam-macam program akan diadakan untuk pelawat antaranya sand bashing, belly dancing, bbq dinner dan bebagai lagi. Kita akan dibawa ke padang pasir menaiki four wheels drive vehicles oleh pemandu professional. Kita akan dibawa melalui sand dunes yang menakutkan. Siti Maryam sangat seronok. Kami puas hati dengan aktiviti di sini.

Selain dari berjalan-jalan kami juga telah membawa Siti Maryam mandi-manda di pantai. Kami berkelah di Jumeirah Beach Park. Kami telah memilih tempat yang agak jauh sedikit dari pantai tetapi dai tempat kami duduk, kami boleh nampak Siti Maryam yang bermain di tepi pantai. Nampaknya Siti Maryam sangat gembira dapat bermain pasir yang halus dan bersih. Kelihatan Siti Maryam sedang membina istana pasir. Apakah yang sedang bermain di mindanya...hanya Siti Maryam saja yang tahu.
Kami juga sempat membawa Siti Maryam ke Global Village. Tempat ini hanya dibuka pada bulan November hingga Februari iaitu hanya pada musim sejuk. Global Village ada tempat dimana semua negera di dunia datang menjual barang-barang dari negara masing-masing. Malaysia juga ada membuka gerai jualan tetapi barang disitu bukan hasil buatan orang Melayu. Gerai dari Indonesia menjual telekung, gerai Kenya banyak menjual barang dari tanduk dan kami membawa Siti Maryam ke gerai Nepal dan disini Siti Maryam telah membeli sarung tangan. Setelah penat berjalan kami menjamu selera di gerai Iraq dan membeli dodol. Kami juga singgah di gerai-gerai kecil yang menjual makanan tradisional negara Arab.
Semoga Siti Maryam akan datang lagi. Kami belum puas bermain dengan Siti Maryam.

Happy Birthday Siti Maryam. Maryam dilahirkan pada 2hb April dan saya sempat meraikan hari ulangtahun ke 8 Siti Maryam. Saya dan keluarga Cik Izan telah mengadakan majlis tersebut di Secret Recipe di Kota Kemuning. Saya telah menghadiahkan baju "princess" buat Maryam. Itu adalah permintaan khasnya...kalau mak balik Malaysia nanti belikan Siti baju princess ya.....kata-katanya semasa saya pulang ke Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu.

Siti Maryam kelihatan sungguh cantik ketika menggayakan baju "princess" di rumah Cik Izan. Siti, mak memang tak sempat nak ke rumah Siti. Mak terlalu banyak urusan yang harus diselesaikan. InsyaAllah kalau ada kesempatan lagi dimasa hadapan, mak akan ke rumah Siti. Siti juga telah berpesan, kalau mak balik lagi...mak belikan Siti "sayap pari-pari". mak harap bila mak balik nanti rambut Siti dah panjang. Siti Maryam kelihatan lebih cantik bila berambut panjang hingga ke bahu.
Comments: (0)





Oktober 2009

Sebenarnya rancangan asal untuk ke Muscat Oman adalah untuk Chef Mohammad Ali dan keluarga sahaja. Memandangkan mereka hanya ada 3 orang sahaja, perjalanan yang jauh itu mungkin tidak menyeronokan. Saya telah mengumpulkan kawan-kawan yang lain untuk sama-sama memandu ke Muscat. Alhamdulillah...rancangan tersebut telah menjadi kenyataan. Maka trip ini telah disertai oleh rakyat dari tiga buah negara ASEAN iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Kami telah memulakan perjalanan pada awal pagi, jam 0630. Semua bekalan telah disiapkan pada malam hari. Annie dengan capati dan dhal, Nia masak Skutel....(makaroni bakar), Izah buat sambal nasi lemak dan saya telah masak nasi lemak. Kami bercadang untuk berkelah di wadi. Kami pernah melalui jalan ini dan ada wadi (anak sungai) yang cantik. Selepas sampai di sempadan UAE dengan Oman...kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat perkelahan untuk bersarapan. Alhamdulillah....wadi sudah ditemui dan kami pun berhenti disitu. Menjamu selera....

Selesai bersarapan dengan Nasi Lemak dan Capati....kami meneruskan perjalanan ke Oman. Kami bergerak secara konvoi dengan sebuah kereta dan 2 buah kenderaan pacuan empat roda. Penumpang kereta kami adalah terdiri dari 3 warganegara iaitu Atif dari Singapura, Hakim dari Indonesia dan kami dari Malaysia. Perjalanan kami memang jauh dan memenatkan tetapi kami semua gembira dapat berjalan beramai-ramai.

berhenti di Masjid Sultan Quboos di Muscat untuk solat jamak Zohor dan Asar. Masjidnya sungguh besar dan cantik. Penjaga masjid ini memberitahu bahawa pengunjung masjid mestilah menutup aurat dan tidak boleh memakai baju yang berlengan pendek. Oleh kerana masjid ini terlalu besar makan tempat wuduk dan ruang solatnya adalah jauh. Walaubagaimana pun kami berasa sangat gembira kerana dapat menunaikan solat di masjid terbesar di Oman.


Selesai solat kami meneruskan perjalanan untuk berkelah di Corniche Muscat. Kami dapati ramai sangat orang yang datang berkelah di sini. Ruang meletak kereta juga penuh. Kami telah memilih lokasi yang sangat sesuai untuk berehat. Kami membuka bekalan dan mula membakar ayam dan daging. Annie menyediakan Karak Tea. Andi dan Bob menguruskan BBQ. Nia dan Izah menyiapkan makan malam. Sambil berehat dan bersantai kami menikmati makan malam yang sederhana dan lazat.



Kami selamat sampai di Dubai jam 5 pagi pada keesokan harinya. Alhamdulillah.....ada satu hari untuk berehat setelah memandu lebih 12 jam. InsyaAllah tahun 2010 ini kita akan ke Salalah, Oman.
Comments: (0)

13 march 2010

Kami telah merancang untuk berkelah di pantai sejak beberapa lama dahulu. Setiap kali kami merancang ada sahaja halangan. Tetapi kali ini kami tetap meneruskan rencangan tersebut walaupun kekurangan seorang ahli keluarga kami. Bob telah berangkat ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Kali ini kami berkelah di Jumeirah Beach Park. Namun Annie, Kesh dan Malvin tetap ada bersama kami di pantai.

Perkelahan kali ini disertai oleh 4 keluarga. Helmi dan keluarga dari Abu Dhabi juga telah meluangkan masanya untuk bersama-sama kami. Ramai juga ahli keluarga kami kali ini....lebih kurang 22 orang, termasuk puteri Puan Raidah yang comel tu. Walaupun anak Puan Raidah ni ada exam pada esok harinya...tetapi kami telah menghabiskan masa untuk bergembira bersam ahli keluarga. Bukan senang nak mengumpulkan orang yang selalu berada di awan biru. Thank you Helmi.

Andi pun begitu, hampir juga tidak dapat bersama-sama kami kerana telah dipanggil bertugas di kitchen. Alhamdulillah, pekelahan kali ini kami ada 2 orang chef professional untuk menyiapkan hidangan. Hidangannya, apa lagi kalau bukan kambing panggang. Memang sedap hidangan kali ini. Puan Raidah telah sempat juga nasi masak briyani kambing untuk kami. Puan Raidah ni memang terkenal dengan menu istimewanya. Masakan Timur Tengah.

Kami telah memilih tempat yang sangat strategik, berdekatan dengan surau, tandas dan taman permainan. Kalau anak2 ke pantai juga, mudah untuk kami memerhatikan mereka. Kami telah mendirikan khemah . Besar juga khemah kami, cukup untuk anak-anak kecil berehat. Sebenarnya, kami dirikan khemah ini adalah khas untuk puteri kesayangan, Hanani. Kami bercadang untuk balik selepas maghrib oleh yang demikian bolehlah Hanani nak berehat dahulu sambil bersantai dengan ibu. Ibu pun seronok bila dapat berkumpul macam ini.


Setelah selesai makan, kanak-kanak pun telah pergi ke padang permainan. Ada juga yang ke pantai. Mereka dengan urusan masing-masing. Ibu-ibu yang tinggal, bersembang kosong sambil berkenalan. Alhamdulillah....kami sangat seronok. Rasanya belum sempat bermain dengan puteri, Hanif dan Hafiz juga. Hari pun dah malam. Setelah selesai solat maghrib kami berangkat pulang jam 8 malam. InsyaAllah...jika ada peluang kami akan datang lagi.
Comments: (0)

Saya dilahirkan pad 10hb Jun 1966 di Kampung Padang A Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan. Mak dan abah namakan saya Jamilah kerana semasa mereka belajar disekolah orang dewasa, dalam buku ada menyebut "Jamilah adalah seorang budak yang cantik lagi rajin" maka mak saya pun terus menamakan saya Jamilah. Saya berpendapat memang mak dan abah saya betul...saya memang rajin. Rajin dalam segala hal. Hanya cantik tu saya rasa subjektif sikit sebab saya hanya cantik pada pandangan manusia tertentu sahaja.

Orang-orang dikampung saya memang tidak mengenali saya kerana sejak berumur 12 tahun saya sudah merantau. Saya telah berhijrah ke Seremban pada tahun 1979 untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said. Pada tahun 1984 saya telah memyambung pelajaran saya ke Kolej Islam Kelang. Seterusnya pada tahun 1986 saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa. Tahun 1986 adalah pengambilan ke empat bagi pelajar sarjana muda di UIA.

Oleh yang demikian saya memang tidak menetap di kampung saya. Kawan-kawan di sekolah rendah juga saya sudah lupa namanya. Nantilah, saya akan cari mereka kerana mereka adalah merupakan kawan-kawan saya yang pertama. Antara kawan-kawan sekolah rendah yang masih saya ingat ialah Faridah Doya, Hanita Mohamad, Nirwana Mohamad Rashid, Mohd Hanafiah Jalil dan ramai lagi......

Selepas menamatkan pengajian di UIA...saya terus mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor. Semasa menunggu keputusan peperiksaan STPM, saya telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang 2. Saya merasakan berkhidmat sebagai tenaga pengajar ini amatlah sesuai untuk wanita. Saya dapati sepanjang pengalaman saya mengajar, kebanyakan guru adalah wanita dan kalau ada pun guru lelaki adalah Pengetua atau Guru Besar. Paling tidak pun guru lelaki adalah guru disiplin. Saya kurang pasti mengapa begini keadaannya.

Semasa mengajar di Sungai Besar, saya telah menyewa sebuah rumah teres setingkat. Jiran sebelah kanan saya, Kak Yam dan Arwah Abang Shahril manakala jiran sebelah kiri, Kak Suria dan Abang Jamaludin. Saya telah mendapat dua keluarga angkat iaitu keluarga Tok Sidang Parit 2 Timur dan keluarga Pak Noneng dan Mak Noneng. Mereka amat prihatin pada kebajikan saya semasa saya berada di sana. Saya rasa bertuah kerana dapat bertugas di kawasan kampung. Saya masih lagi melawat mereka di Sungai Besar jika ada kelapangan.

Guru-guru tempat saya mengajar adalah baik-baik belaka. Kak ina ( Zarina Ahmad Zainuddin) masih lagi berhubung dengan saya hingga sekarang. Kak Esah, Kak Leha, Cikgu Munshi , Cikgu Haris Wagiman (kalau tak salah), Cikgu Tailawati dan ramai lagi. Semuanya terputus hubungan dengan saya sekarang. Saya doakan semua rakan-rakan yang mengajar di sekolah SMKSB pada tahun 1991, berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan dipelihara Allah Taala.

Semasa saya mengajar di SMKSB, saya telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Ekonomi (untuk Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas), Perdagangan dan Perakaunan (untuk Tingkatan 4 dan 5). Semasa belajar di UIA saya mengambil kursus dalam bidang Ekonomi bermakna saya tidak ada asas dalam mata pelajaran Perakaunan. Saya amat bertuah kerana saya ada seorang sahabat yang sanggup mengajar saya tentang Perakaunan. Beliau ada seorang pelajar UIA yang mengambil kursus Perakaunan. Beliau dan kawan-kawannya juga adalah kumpulan pertama yang mengambil Kursus Perakaunan di UIA . Beliau akan mengajar saya pada hujung minggu sahaja kerana tempat saya mengajar sangat jauh dari UIA.

Oleh yang demikian saya akan balik ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu untuk belajar Perakaunan sehinggalah saya mahir dalam matapelajaran ini. Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan terima kasih pada sahabat yang baru saya kenali ini iaitu Mohd Shariff bin Ismail. Saya berkenalan dengan beliau adalah disebabkan tugas semasa kami menyertai Projek Bakti Siswa ke Pos Kemar, Perak. Beliau dan juga saya telah ditugaskan untuk menjaga akaun projek tersebut. Oleh kerana beliau pandai dalam matapelajaran berkenaan dan sangat luas pengalaman maka saya telah meminta beliau mengajar saya.

Allah telah merancang segala-galanya. Oleh kerana saya telah berjumpa dengan saudara Mohd Shariff pada setiap minggu maka telah timbul perasaan sayang dan cinta pada beliau. Keadaan telah menyebabkan saya tidak sabar untuk balik ke Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu. Saya juga tida bertepuk sebelah tangan, rupa-rupanya saudara Mohd Shariff juga mempunyai perasaan yang sama. Kami tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Selepas kami kembalikan semua ketentuan kepada Allahyang Maha Mengetahui... maka kami pun ditunangkan pada bulan Julai 1991 iaitu bersamaan tarikh Konvokesyen UIAM kali ke 5. Iaitu pada hari Mohd Shariff Ismail menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Pada majlis tersebut kedua belah keluarga telah bersetuju untuk mengadakan akad nikah pada tarikh 16hb November 1991 dan majlis persandingan pada 17hb November 1991. Maka kami telah diijabkabulkan dengan rasminya dimasa usia saya 25 tahun dan suami berusia 28 tahun. Mulai tarikh ini juga saya menjadi suri sepenuh masa kerana itulah permintaan suami dari awal perkenalan kami. Majlis bertandang di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang telah diadakan pada minggu seterusnya.


Selepas majlis di Pulau Pinang, kami terus pindah ke rumah sewa di Kim Garden, Kelang dengan sewa Rm250 sebulan. Mohd Shariff Ismail telah menyediakan tempat tinggal yang serba lengkap buat kami berdua.Sebuah rumah yang sangat selesa buat saya sebagai isterinya. Mulai saat itu saya menganggap rumah kami adalah Syurga Di dunia dan kami sentiasa hiaskan rumah kami dengan kebaikan semoga rumah ini akan sentiasa dirahmati Allah. Kami berjanji akan menjaga rumahtangga kami sebaik-baiknya dan akan berusaha untuk mengindahkan rumahtangga dengan keharmonian berkeluarga. Bermulalah sebuah perkongsian hidup yang serba ringkas buat kami berdua. Suami bekerja sebagai Audit Executive di Shapadu iaitu jawatan pertama selepas tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dengan gaji sebanyak Rm1300 sebulan dan saya bekerja sebagai suri untuk melengkapkan keperluan kehidupan kami. Alhamdulillah...kehidupan kami dilimpahi keredhaan dan rahmat Allah. Semoga kebahagiaan ini berkekalan. Amin