Advertise Here

JB's Colourful Life

- Another Blogger Blog's



Musim sejuk tahun ini diakhiri dengan percutian Siti Maryam bersama keluarganya di Dubai. Mereka sampai dengan Air Asia di Abu Dhabi pada 4hb Disember 2009. Memeng kami tunggu kedatangan Siti Maryam. Siti Maryam kami....lahir pada 2hb April di Putra Medical Centre Sungai Buloh. Saya berada di "labour room" bersama ibunya. saya menyaksikan sendiri Dr Zarul Azham memyambut Siti Maryam pada saat dia dilahirkan. Suami saya, Mohd Shariff telah memperdengarkan qamat ditelinga Maryam buat pertama kali dia didunia. MasyaAllah....Siti Maryam yang unik.

Siti Maryam, tempat kami mencurahkan kasih sayang yang melimpah ini. Semasa Siti Maryam disini kami telah pun membawa dia ke setiap tempat yang ingin dilawatinya. Siti Maryam akan berada bersama kami selam 25 hari iaitu sepanjang musim cuti sekolah 2009 di Malaysia. Kami berasa sangat seronok. Kami telah membawa Siti Maryam melawat semua negeri dalam United Arab Emirates ini iaitu Sharjah, Ajman, Ras Al Khaimah, Umm Al Quwain Al Ain dan Abu Dhabi. Kami telah berkelah di tepi pantai Fujairah.

Kami juga telah melawat Al Ain dan tempat yang paling istimewa di sini ialah Jabal Hafeeth. Al Mubazzarrah terletak di kaki Jabal Hafeeth adalah merupakan kawasan perkelahan di sini. Kami juga telah berkelah disini sebelum naik ke Jabal Hafeeth. Suhu di Jabal Hafeeth sangat sejuk pada masa itu iaitu kurang daripada 14*C. Kami sempat menunaikan solat maghrib di puncak Jabal Hafeeth iaitu kawasan paling tinggi di UAE. Seronok rasanya apabila bersama Siti Maryam.


Kami juga telah membawa Siti Maryam ke Desert Safari. katanya kalau dah sampai Dubai ni tak ikuti Desert Safari ni ...macam tak lengkap percutian. Di Desert Safari ni ada macam-macam program akan diadakan untuk pelawat antaranya sand bashing, belly dancing, bbq dinner dan bebagai lagi. Kita akan dibawa ke padang pasir menaiki four wheels drive vehicles oleh pemandu professional. Kita akan dibawa melalui sand dunes yang menakutkan. Siti Maryam sangat seronok. Kami puas hati dengan aktiviti di sini.

Selain dari berjalan-jalan kami juga telah membawa Siti Maryam mandi-manda di pantai. Kami berkelah di Jumeirah Beach Park. Kami telah memilih tempat yang agak jauh sedikit dari pantai tetapi dai tempat kami duduk, kami boleh nampak Siti Maryam yang bermain di tepi pantai. Nampaknya Siti Maryam sangat gembira dapat bermain pasir yang halus dan bersih. Kelihatan Siti Maryam sedang membina istana pasir. Apakah yang sedang bermain di mindanya...hanya Siti Maryam saja yang tahu.
Kami juga sempat membawa Siti Maryam ke Global Village. Tempat ini hanya dibuka pada bulan November hingga Februari iaitu hanya pada musim sejuk. Global Village ada tempat dimana semua negera di dunia datang menjual barang-barang dari negara masing-masing. Malaysia juga ada membuka gerai jualan tetapi barang disitu bukan hasil buatan orang Melayu. Gerai dari Indonesia menjual telekung, gerai Kenya banyak menjual barang dari tanduk dan kami membawa Siti Maryam ke gerai Nepal dan disini Siti Maryam telah membeli sarung tangan. Setelah penat berjalan kami menjamu selera di gerai Iraq dan membeli dodol. Kami juga singgah di gerai-gerai kecil yang menjual makanan tradisional negara Arab.
Semoga Siti Maryam akan datang lagi. Kami belum puas bermain dengan Siti Maryam.

Happy Birthday Siti Maryam. Maryam dilahirkan pada 2hb April dan saya sempat meraikan hari ulangtahun ke 8 Siti Maryam. Saya dan keluarga Cik Izan telah mengadakan majlis tersebut di Secret Recipe di Kota Kemuning. Saya telah menghadiahkan baju "princess" buat Maryam. Itu adalah permintaan khasnya...kalau mak balik Malaysia nanti belikan Siti baju princess ya.....kata-katanya semasa saya pulang ke Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu.

Siti Maryam kelihatan sungguh cantik ketika menggayakan baju "princess" di rumah Cik Izan. Siti, mak memang tak sempat nak ke rumah Siti. Mak terlalu banyak urusan yang harus diselesaikan. InsyaAllah kalau ada kesempatan lagi dimasa hadapan, mak akan ke rumah Siti. Siti juga telah berpesan, kalau mak balik lagi...mak belikan Siti "sayap pari-pari". mak harap bila mak balik nanti rambut Siti dah panjang. Siti Maryam kelihatan lebih cantik bila berambut panjang hingga ke bahu.

0 comments:

Post a Comment