Advertise Here

JB's Colourful Life

- Another Blogger Blog's

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts
Comments: (0)

Kami pernah terbaca mengenai Liwa di akhbar-akhbar tempatan di sini. Selalunya berita tentang Liwa ini akan terpampang di akhbar hanya pada musim panas. Ini adalah kerana acara tahunan "Dates Festival" akan diadakan pada bulan Julai. Sepanjang musim panas di UAE adalah musim kurma masak. Kami rasa teruja untuk melawat kawasan ini apabila hasil pengeluaran kurma yang sangat banyak dari sini. Sedangkan apa yang kami tahu tentang Liwa, kawasan ni termasuk dalam lengkongan "Empty Quarters" iaitu kawasan padang pasir yang kosong.



Oleh yang demikian kami membuat perancangan untuk pergi ke Liwa. Liwa terletak di dalam kawasan Abu Dhabi. Kami sebenarnya tidak berapa pasti tentang jarak ke Liwa tetapi apa yang pasti kami rasa sangat jauh untuk sampai ke sini. Mungkin kita boleh rujuk pada peta ini http://maps.google.com/?q=Liwa,%20Abu%20Dhabi&z=13. Disepanjang jalan ke Liwa kami hanya dapat melihat kawasan padang pasir yang kosong ...sejauh mata memandang. Tidak kelihatan sebarang kawasan penempatan. Kawasan yang berpenduduk yang pertama sekali kami temui adalah Hameem. MasyaAllah..betapa besarnya kuasa Allah. Hameem adalah kawasan yang subur. Padang pasir ini dipenuhi dengan pokok-pokok kurma yang subur. Alhamdulillah.
Ini ada pemandangan yang dapat dilihat setelah kami sampai di Hameem. Di tengah-tengah padang pasir ini kelihatan pokok kurma yang subur. Kami dapati ada banyak kawasan penanaman kurma disepanjang jalan sebelum kami sampai ke Mezaira'a.

Ini adalah salah satu kebun kurma yang besar. Kami dapati kurma ditanam secara berkelompok. Ini mungkin kerana kawasan yang berair (oasis) adalah terhad dan setiap satu kawasan (kebun) adalah milik individu. Dalam setiap kawasan ini terdapat kemudahan yang lengkap seperti tempat tinggal, masjid, sekolah dan kedai runcit. Ia kelihatan sebagai sebuah pekan kecil.Ini adalah sebuah masjid yang ada dalam salah satu kebun kurma. Ini menandakan kawasan ini mempunyai penduduk yang ramai. Kami dapati setiap kebun mempunyai masjid masing-masing.

Kali pertama kami sampai ke Liwa adalah pada bulan Januari iaitu masih musim sejuk. Tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan di Liwa pada masa ini. Kami berhasrat untuk datang lagi pada musim panas nanti. Kami perlu menanti sehingga musim panas supaya kami dapat menyaksikan "dates festival". Pada masa ini penanam-penanam kurma akan mempamerkan hasil mereka dan akan bertanding untuk mencari kurma yang terbaik.
Ini adalah antara kurma yang dipamerkan. Kurma ini sangat manis walaupun hanya sebahagian yang baru masak. Kami juga telah membeli sebakul kurma segar di pasar tradisional semasa pameran ini.Selepas membeli-belah di pasar kurma kami meneruskan perjalanan pulang ke Dubai. Sebelum kami pulang ke Dubai, sempat juga kami singgah di Madinat Zayed, Liwa. kami telah berkelah di taman awam di sana. kalau di Dubai ada juga taman-taman seperti ini seperti As-Safa park, Zabeel Park, Jumeirah Park dan lain-lain lagi. Tetapi di Madinat Zayed Park...masuk adalah percuma. Kami hanya berkelah dikawasan parking sahaja kerana pada musim panas ini tidak ada langsung orang datang ke taman tersebut. Pada masa ini hanya kami saja yang berada disini.Menu kami pada hari ini ialah Ayam goreng bercili, Masak Lemak Cili Api peria dengan ikan bilis, Sambal udang dengan petai, kangkung goreng dan ikan tenggiri jeruk yang digoreng. Sungguh enak bila dimakan beramai. Cuaca yang sangat panas menyebabkan lebih banyak peluh yang meleleh. Pada masa ini suhu adalah pada 46*C dan air mineral yang kami minum rasanya macam minum Teh Tarik (panasnya). Kalau ada lebih ramai lagi kawan-kawan yang turut serta semasa berkelah ini, mesti lagi seronok agaknya. Semua orang dah selesai menjamu selera. Setelah selesai kami pun bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke Dubai. Masih ada lebih kurang 200km lagi untuk sampai ke destinasi.
Comments: (0)
Kami ni memang sentiasa saja menantikan hujung minggu. Almaklumlah bila sudah 5 hari terperap di tingkat 20 Ghaya Residence ni..hujung minggu tu nak juga keluar berjalan-jalan. Masalahnya....kalau nak berjalan-jalan di shopping mall, anak-anak pulak tak berapa suka kerana penat bila berjalan tanpa tujuan. Kalau kami nak berkelah sekeluarga pulak, tak seronok kerana anak-anak semua dah besar. Kalau kami anak beranak saja yang berkelah pasti perkelahan itu akan membosankan kerana anak-anak akan sibuk dengan PSP masing-masing atau MP4nya. Kalau nak berkelah mesti ada ahli keluarga lain. Mujurlah Puan Raidah telepon dan ajak kami berkelah di Abu Dhabi. Pucuk dicita ulam mendatang. Seronok bukan kepalang tambahan pula kami akan bersama-sama puterinya dan ada Hanif juga.

Apabila kami nak berkelah, biasalah semua kelengkapan harus dibawa seperti tikar, kerusi malas, dapur mudah alih, cerek dan makanan. Sekarang kami tak perlu membuat persediaan untuk BBQ di rumah. Kami selalunya akan membeli ayam atau kambing untuk BBQ di Union Cooperative. Sedap juga. Semuanya anak-anak yang uruskan. Kami tinggal memberi arahan apa yang harus mereka buat. Alhamdulillah, anak-anak dah besar.


Apabila kami sampai di Abu Dhabi...kami dapati ribut pasir sangat kuat. Kemungkinan perkelahan akan dibatalkan. Kalau tak ke pantai kita boleh BBQ di rumah Puan Raidah kerana kawasan rumahnya luas. Cuma masalahnya nanti jiran-jiran Puan Raidah mesti akan mengadu dengan tuan rumah tentang masalah asap...alamak. tak seronok lah pulak. Akhirnya, selepas solat asar kami dapati ribut sudah pun reda dan kami pun lega. Kami akan bertolak kepantai tak lama lagi. Rupa-rupanya ada dua keluarga lagi akan menyertai perkelahan ini. Seronoknya!!!!



Setelah jumpa kawasan yang strategik maka kami pun mengeluarkan barang-barang dan......hidupkan api. Waktu yang ditunggu oleh anak-anak...BBQ session. Sebabnya resepi Puan Raidah memang sedap. Saya hanya membuat Sushi dan menggoreng karipap sardin di sana. Karipap sardin bila dimakan panas-panas memang sedap. Rupa-rupanya ramai yang suka makan Sushi. Seronok rasanya bila kita dapat menyediakan makanan kesukaan ramai. Hilang rasa rindu nak makan masakan Malaysia bila ada karipap di Abu Dhabi ni. Tambahan bila dapat dimakan panas-panas.


Banyak cerita yang kami nak kongsi. Ini ada lah kerana kami ada kawan baru yang datang dari Abu Dhabi. Seronok dapat bermain dengan kanak-kanak kerana mereka semua ada anak kecil. Hilang rindu kami pada Harraz, Hakim, Hariz dan yang lain-lain. Kaum bapa juga sibuk bersembang dengan geng masing-masing. Helmi sibuk dengan BBQ nya...dia memang pakar dalam bidang ini sambil di bantu oleh "Chef Shakir". Dia masih belajar.

Sungguh kami tidak menyangka akan berjumpa dengan kawan lama. Wan....sama-sama bekerja dengan suami di Perangsang International Sdn Bhd. Kenangan yang tidak akan kami lupakan seumur hidup kami iaitu peristiwa bersejarah di PISB. Kawan-kawan seperti Encik Jamaludin, Kamarul dan Arwah Rosdi. Alfatihah. Selepas selesai solat maghrib berjemaah dan makan malam kami pun berangkat pulang ke rumah masing-masing. InsyaAllah di masa lain kita akan berjumpa lagi.
Seronok bila berkelah di sini. Kita tak perlu bersusah payah mencari tempat untuk bentang tikar sebab semuanya adalah padang pasir dan susah nak jumpa pokok. Maka, dimana-mana pun boleh.
Dua orang kawan baru dari Abu Dhabi Ida dan Lin. Harap kita akan jumpa lagi.



Ha...inilah kerja kaum ibu iaitu menyediakan makanan.


Anak-anak paling seronok bila dapat bermain api. Mereka menghidupkan unggun api untuk membakar Marshmallow. Anak-anak membuatkan perkelahan ini lebih meriah.


En Mohd Shariff Ismail, En Wan Ibrahim dan En Helmi sedang menikmati hidangan.

Tukang tengok api....
Minta maaf ya...tak ingat nama. Cute baby tu.
Comments: (0)
Ini adalah trip pertama kami keluar dari UAE. Rancangan untuk ke Musandam, Oman telah dicadang sejak lama dulu. Cuma nak menggu cuaca yang sesuai, tidak terlalu panas dan juga tidak sejuk. Ini adalah kerana kami akan berada di atas Dhow Tradisional untuk jangkamasa yang panjang. Kami tak mahu kulit terbakar kerana panas atau kesejukan apabila angin bertiup. Alhamdulillah...semua sudah diatur.

Van datang menjemput kami di Discovery Gardens pada jam 06.30 dan perjalanan ke Musandam akan mengambil masa selama 4 jam. Sepanjang perjalanan ke Khasab dapati kawasan ini berbukit bukau. Bukit yang langsung tidak ada pokok-pokok, iaitu bukit batu. Sungguh menakjubkan kuasa Allah. Allah menjadikan apa yang dikehendakinya. pemandu van sudah mahir dengan selok - belok bukit disini. Kami sampai di Khasab tepat pada waktunya iaitu jam 10.30 pagi. Dhow akan mula bergerak ke Musandam jam 10.45 pagi.

Sampai di sana kami telah disambut dengan gembira oleh "Tour Guide" kami. Kami terus menaiki Dhow dan mereuskan perjalanan ke Musandam. Sepanjang jalan kami hanya nampak gunung batu..masyaAllah. Hanya Allah yang berkuasa untuk menjadikan sesuatu. Kami berada di Teluk Parsi. Iran hanya 50km nautika dari tempat kami berada pada masa itu. Pengalaman pertama kami menaiki boat di laut luas. Lautan biru yang indah lagi bersih dengan air yang kehijauan.

Dhow yang kami naiki ini boleh memuatkan seramai 21 orang penumpang. Selain daripada kami ada juga penumpang dari negara lain. Sepanjang perjalanan kami dihiburkan dengan lagu-lagu arab dan juga dihidang dengan makanan orang arab. Makanan tengahari, minuman, buah-buahan dan jus adalah termasuk dalam pakej rombongan ini. Makanan yang disajikan semuanya sedap-sedap belaka. Saya pun makan berulang-ulang. Dalam perjalanan kami nampak perkampungan tradisi orang arab. Terdapat lebih kurang 150 orang penduduk yang tinggal disini. Walaupun kawasan ini sangat terpencil tetapi bekalan elektrik dan air bersih disediakan oleh pemerintah. Apa yang paling menghairankan kami ialah tiang-tiang elektrik yang ditegakkan di gunung batu ini.


Seronoknya, kami juga diberi kesempatan untuk berenang dan snorkelling di persisiran pantai yang berhampiran dengan gunung-gunung batu. Kami dapat menyaksikan keindahan alam didasarnya....sekumpulan ikan yang berenang bebas diair bersih. Penyu juga datang mendekati kami. sayangnya kami tidak ada kamera yang boleh dibawa masuk kedalam air untuk merakamkan saat yang indah itu. Kami juga telah bertemu dengan sekumpulan ikan lumba-lumba yang cuba untuk bertanding dengan boat kami.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009. Kami menyambut hari raya tahun ini dalam suasana yang sangat meriah. Ini ada kerana mak dan adik perempuan kami telah sudi untuk berhari raya di Dubai. Mereka datang bercuti selam 12 hari. Selepas sambutan hari raya...kami telah membawa mereka ke Fujairah dan bermalam di sana. Sejak tinggal di Dubai, inilah pertama kali kami bermalam di hotel. Kami telah menempah 3 buah bilik dan sewa untuk setiap bilik ialah Aed 1200 semalam.

Anak-anak perempuan berasa gembira kerana dapat bermain di pantai dan mereka dapat menangkap tapak sulaiman ( Star Fish ). Anak lelaki pula terlalu seronok dengan jet ski dan motorbike masing-masing. Mak hanya duduk didalam bilik kerana kawasan sekitar hotel adalah berbukit-bukit. Adalah sukar untuk mak berjalan-jalan, Kami hanya berjalan-jalan di tepi pantai.



Kami dapat menyaksikan matahari terbenam. Sungguh indah pemandangan di tepi pantai ketika itu. Kelihatan tidak ramai yang bermandi -manda di pantai, mungkin kerana kebanyakan bilik di resort ini adalah villa yang disediakan kolam renang. Lagipun kami menginap disana bukan dihujung minggu.
Comments: (0)





Oktober 2009

Sebenarnya rancangan asal untuk ke Muscat Oman adalah untuk Chef Mohammad Ali dan keluarga sahaja. Memandangkan mereka hanya ada 3 orang sahaja, perjalanan yang jauh itu mungkin tidak menyeronokan. Saya telah mengumpulkan kawan-kawan yang lain untuk sama-sama memandu ke Muscat. Alhamdulillah...rancangan tersebut telah menjadi kenyataan. Maka trip ini telah disertai oleh rakyat dari tiga buah negara ASEAN iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Kami telah memulakan perjalanan pada awal pagi, jam 0630. Semua bekalan telah disiapkan pada malam hari. Annie dengan capati dan dhal, Nia masak Skutel....(makaroni bakar), Izah buat sambal nasi lemak dan saya telah masak nasi lemak. Kami bercadang untuk berkelah di wadi. Kami pernah melalui jalan ini dan ada wadi (anak sungai) yang cantik. Selepas sampai di sempadan UAE dengan Oman...kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat perkelahan untuk bersarapan. Alhamdulillah....wadi sudah ditemui dan kami pun berhenti disitu. Menjamu selera....

Selesai bersarapan dengan Nasi Lemak dan Capati....kami meneruskan perjalanan ke Oman. Kami bergerak secara konvoi dengan sebuah kereta dan 2 buah kenderaan pacuan empat roda. Penumpang kereta kami adalah terdiri dari 3 warganegara iaitu Atif dari Singapura, Hakim dari Indonesia dan kami dari Malaysia. Perjalanan kami memang jauh dan memenatkan tetapi kami semua gembira dapat berjalan beramai-ramai.

berhenti di Masjid Sultan Quboos di Muscat untuk solat jamak Zohor dan Asar. Masjidnya sungguh besar dan cantik. Penjaga masjid ini memberitahu bahawa pengunjung masjid mestilah menutup aurat dan tidak boleh memakai baju yang berlengan pendek. Oleh kerana masjid ini terlalu besar makan tempat wuduk dan ruang solatnya adalah jauh. Walaubagaimana pun kami berasa sangat gembira kerana dapat menunaikan solat di masjid terbesar di Oman.


Selesai solat kami meneruskan perjalanan untuk berkelah di Corniche Muscat. Kami dapati ramai sangat orang yang datang berkelah di sini. Ruang meletak kereta juga penuh. Kami telah memilih lokasi yang sangat sesuai untuk berehat. Kami membuka bekalan dan mula membakar ayam dan daging. Annie menyediakan Karak Tea. Andi dan Bob menguruskan BBQ. Nia dan Izah menyiapkan makan malam. Sambil berehat dan bersantai kami menikmati makan malam yang sederhana dan lazat.



Kami selamat sampai di Dubai jam 5 pagi pada keesokan harinya. Alhamdulillah.....ada satu hari untuk berehat setelah memandu lebih 12 jam. InsyaAllah tahun 2010 ini kita akan ke Salalah, Oman.
Comments: (0)

13 march 2010

Kami telah merancang untuk berkelah di pantai sejak beberapa lama dahulu. Setiap kali kami merancang ada sahaja halangan. Tetapi kali ini kami tetap meneruskan rencangan tersebut walaupun kekurangan seorang ahli keluarga kami. Bob telah berangkat ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Kali ini kami berkelah di Jumeirah Beach Park. Namun Annie, Kesh dan Malvin tetap ada bersama kami di pantai.

Perkelahan kali ini disertai oleh 4 keluarga. Helmi dan keluarga dari Abu Dhabi juga telah meluangkan masanya untuk bersama-sama kami. Ramai juga ahli keluarga kami kali ini....lebih kurang 22 orang, termasuk puteri Puan Raidah yang comel tu. Walaupun anak Puan Raidah ni ada exam pada esok harinya...tetapi kami telah menghabiskan masa untuk bergembira bersam ahli keluarga. Bukan senang nak mengumpulkan orang yang selalu berada di awan biru. Thank you Helmi.

Andi pun begitu, hampir juga tidak dapat bersama-sama kami kerana telah dipanggil bertugas di kitchen. Alhamdulillah, pekelahan kali ini kami ada 2 orang chef professional untuk menyiapkan hidangan. Hidangannya, apa lagi kalau bukan kambing panggang. Memang sedap hidangan kali ini. Puan Raidah telah sempat juga nasi masak briyani kambing untuk kami. Puan Raidah ni memang terkenal dengan menu istimewanya. Masakan Timur Tengah.

Kami telah memilih tempat yang sangat strategik, berdekatan dengan surau, tandas dan taman permainan. Kalau anak2 ke pantai juga, mudah untuk kami memerhatikan mereka. Kami telah mendirikan khemah . Besar juga khemah kami, cukup untuk anak-anak kecil berehat. Sebenarnya, kami dirikan khemah ini adalah khas untuk puteri kesayangan, Hanani. Kami bercadang untuk balik selepas maghrib oleh yang demikian bolehlah Hanani nak berehat dahulu sambil bersantai dengan ibu. Ibu pun seronok bila dapat berkumpul macam ini.


Setelah selesai makan, kanak-kanak pun telah pergi ke padang permainan. Ada juga yang ke pantai. Mereka dengan urusan masing-masing. Ibu-ibu yang tinggal, bersembang kosong sambil berkenalan. Alhamdulillah....kami sangat seronok. Rasanya belum sempat bermain dengan puteri, Hanif dan Hafiz juga. Hari pun dah malam. Setelah selesai solat maghrib kami berangkat pulang jam 8 malam. InsyaAllah...jika ada peluang kami akan datang lagi.