Advertise Here

JB's Colourful Life

- Another Blogger Blog's


Kami pernah terbaca mengenai Liwa di akhbar-akhbar tempatan di sini. Selalunya berita tentang Liwa ini akan terpampang di akhbar hanya pada musim panas. Ini adalah kerana acara tahunan "Dates Festival" akan diadakan pada bulan Julai. Sepanjang musim panas di UAE adalah musim kurma masak. Kami rasa teruja untuk melawat kawasan ini apabila hasil pengeluaran kurma yang sangat banyak dari sini. Sedangkan apa yang kami tahu tentang Liwa, kawasan ni termasuk dalam lengkongan "Empty Quarters" iaitu kawasan padang pasir yang kosong.



Oleh yang demikian kami membuat perancangan untuk pergi ke Liwa. Liwa terletak di dalam kawasan Abu Dhabi. Kami sebenarnya tidak berapa pasti tentang jarak ke Liwa tetapi apa yang pasti kami rasa sangat jauh untuk sampai ke sini. Mungkin kita boleh rujuk pada peta ini http://maps.google.com/?q=Liwa,%20Abu%20Dhabi&z=13. Disepanjang jalan ke Liwa kami hanya dapat melihat kawasan padang pasir yang kosong ...sejauh mata memandang. Tidak kelihatan sebarang kawasan penempatan. Kawasan yang berpenduduk yang pertama sekali kami temui adalah Hameem. MasyaAllah..betapa besarnya kuasa Allah. Hameem adalah kawasan yang subur. Padang pasir ini dipenuhi dengan pokok-pokok kurma yang subur. Alhamdulillah.
Ini ada pemandangan yang dapat dilihat setelah kami sampai di Hameem. Di tengah-tengah padang pasir ini kelihatan pokok kurma yang subur. Kami dapati ada banyak kawasan penanaman kurma disepanjang jalan sebelum kami sampai ke Mezaira'a.

Ini adalah salah satu kebun kurma yang besar. Kami dapati kurma ditanam secara berkelompok. Ini mungkin kerana kawasan yang berair (oasis) adalah terhad dan setiap satu kawasan (kebun) adalah milik individu. Dalam setiap kawasan ini terdapat kemudahan yang lengkap seperti tempat tinggal, masjid, sekolah dan kedai runcit. Ia kelihatan sebagai sebuah pekan kecil.Ini adalah sebuah masjid yang ada dalam salah satu kebun kurma. Ini menandakan kawasan ini mempunyai penduduk yang ramai. Kami dapati setiap kebun mempunyai masjid masing-masing.

Kali pertama kami sampai ke Liwa adalah pada bulan Januari iaitu masih musim sejuk. Tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan di Liwa pada masa ini. Kami berhasrat untuk datang lagi pada musim panas nanti. Kami perlu menanti sehingga musim panas supaya kami dapat menyaksikan "dates festival". Pada masa ini penanam-penanam kurma akan mempamerkan hasil mereka dan akan bertanding untuk mencari kurma yang terbaik.
Ini adalah antara kurma yang dipamerkan. Kurma ini sangat manis walaupun hanya sebahagian yang baru masak. Kami juga telah membeli sebakul kurma segar di pasar tradisional semasa pameran ini.Selepas membeli-belah di pasar kurma kami meneruskan perjalanan pulang ke Dubai. Sebelum kami pulang ke Dubai, sempat juga kami singgah di Madinat Zayed, Liwa. kami telah berkelah di taman awam di sana. kalau di Dubai ada juga taman-taman seperti ini seperti As-Safa park, Zabeel Park, Jumeirah Park dan lain-lain lagi. Tetapi di Madinat Zayed Park...masuk adalah percuma. Kami hanya berkelah dikawasan parking sahaja kerana pada musim panas ini tidak ada langsung orang datang ke taman tersebut. Pada masa ini hanya kami saja yang berada disini.Menu kami pada hari ini ialah Ayam goreng bercili, Masak Lemak Cili Api peria dengan ikan bilis, Sambal udang dengan petai, kangkung goreng dan ikan tenggiri jeruk yang digoreng. Sungguh enak bila dimakan beramai. Cuaca yang sangat panas menyebabkan lebih banyak peluh yang meleleh. Pada masa ini suhu adalah pada 46*C dan air mineral yang kami minum rasanya macam minum Teh Tarik (panasnya). Kalau ada lebih ramai lagi kawan-kawan yang turut serta semasa berkelah ini, mesti lagi seronok agaknya. Semua orang dah selesai menjamu selera. Setelah selesai kami pun bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke Dubai. Masih ada lebih kurang 200km lagi untuk sampai ke destinasi.

0 comments:

Post a Comment