Advertise Here

JB's Colourful Life

- Another Blogger Blog's

Kami ni memang sentiasa saja menantikan hujung minggu. Almaklumlah bila sudah 5 hari terperap di tingkat 20 Ghaya Residence ni..hujung minggu tu nak juga keluar berjalan-jalan. Masalahnya....kalau nak berjalan-jalan di shopping mall, anak-anak pulak tak berapa suka kerana penat bila berjalan tanpa tujuan. Kalau kami nak berkelah sekeluarga pulak, tak seronok kerana anak-anak semua dah besar. Kalau kami anak beranak saja yang berkelah pasti perkelahan itu akan membosankan kerana anak-anak akan sibuk dengan PSP masing-masing atau MP4nya. Kalau nak berkelah mesti ada ahli keluarga lain. Mujurlah Puan Raidah telepon dan ajak kami berkelah di Abu Dhabi. Pucuk dicita ulam mendatang. Seronok bukan kepalang tambahan pula kami akan bersama-sama puterinya dan ada Hanif juga.

Apabila kami nak berkelah, biasalah semua kelengkapan harus dibawa seperti tikar, kerusi malas, dapur mudah alih, cerek dan makanan. Sekarang kami tak perlu membuat persediaan untuk BBQ di rumah. Kami selalunya akan membeli ayam atau kambing untuk BBQ di Union Cooperative. Sedap juga. Semuanya anak-anak yang uruskan. Kami tinggal memberi arahan apa yang harus mereka buat. Alhamdulillah, anak-anak dah besar.


Apabila kami sampai di Abu Dhabi...kami dapati ribut pasir sangat kuat. Kemungkinan perkelahan akan dibatalkan. Kalau tak ke pantai kita boleh BBQ di rumah Puan Raidah kerana kawasan rumahnya luas. Cuma masalahnya nanti jiran-jiran Puan Raidah mesti akan mengadu dengan tuan rumah tentang masalah asap...alamak. tak seronok lah pulak. Akhirnya, selepas solat asar kami dapati ribut sudah pun reda dan kami pun lega. Kami akan bertolak kepantai tak lama lagi. Rupa-rupanya ada dua keluarga lagi akan menyertai perkelahan ini. Seronoknya!!!!



Setelah jumpa kawasan yang strategik maka kami pun mengeluarkan barang-barang dan......hidupkan api. Waktu yang ditunggu oleh anak-anak...BBQ session. Sebabnya resepi Puan Raidah memang sedap. Saya hanya membuat Sushi dan menggoreng karipap sardin di sana. Karipap sardin bila dimakan panas-panas memang sedap. Rupa-rupanya ramai yang suka makan Sushi. Seronok rasanya bila kita dapat menyediakan makanan kesukaan ramai. Hilang rasa rindu nak makan masakan Malaysia bila ada karipap di Abu Dhabi ni. Tambahan bila dapat dimakan panas-panas.


Banyak cerita yang kami nak kongsi. Ini ada lah kerana kami ada kawan baru yang datang dari Abu Dhabi. Seronok dapat bermain dengan kanak-kanak kerana mereka semua ada anak kecil. Hilang rindu kami pada Harraz, Hakim, Hariz dan yang lain-lain. Kaum bapa juga sibuk bersembang dengan geng masing-masing. Helmi sibuk dengan BBQ nya...dia memang pakar dalam bidang ini sambil di bantu oleh "Chef Shakir". Dia masih belajar.

Sungguh kami tidak menyangka akan berjumpa dengan kawan lama. Wan....sama-sama bekerja dengan suami di Perangsang International Sdn Bhd. Kenangan yang tidak akan kami lupakan seumur hidup kami iaitu peristiwa bersejarah di PISB. Kawan-kawan seperti Encik Jamaludin, Kamarul dan Arwah Rosdi. Alfatihah. Selepas selesai solat maghrib berjemaah dan makan malam kami pun berangkat pulang ke rumah masing-masing. InsyaAllah di masa lain kita akan berjumpa lagi.
Seronok bila berkelah di sini. Kita tak perlu bersusah payah mencari tempat untuk bentang tikar sebab semuanya adalah padang pasir dan susah nak jumpa pokok. Maka, dimana-mana pun boleh.
Dua orang kawan baru dari Abu Dhabi Ida dan Lin. Harap kita akan jumpa lagi.



Ha...inilah kerja kaum ibu iaitu menyediakan makanan.


Anak-anak paling seronok bila dapat bermain api. Mereka menghidupkan unggun api untuk membakar Marshmallow. Anak-anak membuatkan perkelahan ini lebih meriah.


En Mohd Shariff Ismail, En Wan Ibrahim dan En Helmi sedang menikmati hidangan.

Tukang tengok api....
Minta maaf ya...tak ingat nama. Cute baby tu.

0 comments:

Post a Comment