Advertise Here

JB's Colourful Life

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)
They are  mine. They are always mine. 

....and my other half life partner. We have been through our ups and downs. The sweet and the bitter......we have passed the test through the hardest way.  More years to come.....insyaAllah, May Allah bless us.

Comments: (1)
I love you soooo muuuucccchhhhh!!!!! Adish and Adash.

Sesungguhnya setiap seorang yang dilahirkan didunia ini mempunyai keistimewaan masing-masing. Kami sekeluarga telah dikurniakan oleh Allah swt dengan memiliki kasihsayang yang melimpah-ruah. Kami mempunyai empat orang anak iatu dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Sudah semestinya kami sangat sayang pada mereka. Selain dari mereka kami juga mempunyai seorang anak angkat yang telah tercatat dlam sijil kelahirannya nama kami berdua. Hanya Allah saja yang tahu betapa seronoknya kami. Selang beberapa tahun kami dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang sangat comel...masyaAllah. Sungguh bahagia rasanya bila kami ada anak kecil.

Dalam pada yang sama...kami masih lagi mendambakan anak-anak kecil supaya berada disisi kami sekeluarga. Alhamdulillah...Allah telah mengurniakan seorang anak lelaki buat kami iaitu Hariz Haziq. Pada masa ini Hariz berumur lebih kurang 2 tahun. Dia telah datang bersama abangnya Ahmad Aiman Arif. Mereka telah menjadi penyeri rumahtangga kami disamping anak-anak lain. Mereka juga seronok apabila adik-beradik baru ini berada didalam rumah. Kami jadi lebih senang hati.

Hariz telah berjaya menambat hati kami dengan keletahnya yang sangat lucu. Hariz sangat istimewa dalam hidup kami sejak dari kecil lagi. Kalau pada masa Hariz kecil dulu, satu perkara yang tidak mungkin akan kami lupakan ialah apabila tiba-tiba Hariz akan hilang dan berada di bawah meja. Perkara ini amat melucukan...dan Hariz juga tidak suka dia diganggu apabila dia berada disitu. Lama-kelamaan kami sudah faham dengan tabiat Hariz itu. Kami tidak lagi mengganggu dia ketika dia berada di bawah meja. Hariz...bila Hariz dewasa mak akan ceritakan tentang tabiat ini ......


Pada umur 2 tahun Hariz sudah mula bersekolah. Ini adalah kerana Hariz mengikut abangnya ke sekolah. Hariz ke sekolah pada masa itu bukan tujuan untuk belajar tapi adalah untuk bermain. Tetapi bila Hariz dah besar pun bila ke sekolah masih ingat untuk bermain. Rasanya macam hampir juga kecewa kerana sungguh susah untuk mendapatkan Hariz duduk diam ditempatnya. Keadaan ini masih berlaku sehingga Hariz 6 tahun. Sekarang Hariz sudah besar....semoga Hariz sudah tidak berkelakuan seperti itu ya..



Makanan kegemaran Hariz, Ayam Masak Lemak cili api dan Ayam Masak Merah. Kadang-kadang bila ada masakan kegemarannya itu, dia akan makan nasi bertambah. Kami sangat seronok melayan Hariz. Walau bagaimana pun, Hariz adalah anak yang mendengar kata dan menurut perintah. Tetapi jangan buat Hariz marah. Kalau Hariz marah dia akan menjadi lebih garang dari singa agaknya. Hariz juga sensitif...kalau dia diusik atau diejek, dia mudah menangis.

Kami masih ingat bila Hariz tidak suka dia dipanggil "adik" lagi kerana dia sudah besar. Tetapi disebabkan sudah menjadi kebiasaan kami memanggil dia "adik" iaitu panggilan manja..kadang-kadang kami terlupa juga. Dia akan menjawab, "Apa ni...kita bukan adiklah."



My Adish and Me. He is very special to me......Dia manja dan penyayang.

Selepas dua tahun Hariz bersama kami....Harraz pula hadir dalam keluarga kami. Kehadirannya menjadikan kami sekeluarga lebih bahagia. Sememangnya kami menantikan "baby" kerana Hariz pun dah besar sekarang. Sejak dari baby lagi Harraz memang tidak pernah menyusahkan kami. Alhamdulillah...kami sangat senang bersama mereka. Oleh kerana terlalu sibuk dengan mereka, sehingga kami tidak perasan Harraz pun dah pandai berjalan dan berlari. Cuma yang kami ingat Harraz lambat sikit dapat bercakap...Adish adalah panggilan buat Harriz. Maka kami pun memanggilnya dengan Adash atau Aash.

Harraz.....sangat "cute" dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Kami bersyukur kerana menjaga mereka adalah sangat mudah dan mereka juga tidak bermasalah. Kalau ada kereta mainan ...Harraz akan leka bermain. Kedua-duanya sangat mahir dalam bidang automobil. Mereka tahu nama-nama kereta sehingga bahagian enjin dan rim. Sungguh hebat apabila mereka pernah berbual bersama-sama kami, mereka ternampak dan berkata,"Mak tengok tu...Proton Waja tu guna rim Proton Perdana". MasyaAllah...ayah sendiri pun tidak prihatin sampai begitu sekali. Seronok bila kami dapat belajar serba sedikit tentang hal-hal berkaitan dengan kereta dari Harraz dan juga Hariz. Abangnya, Aiman juga begitu....

Kenangan bersama mereka masih segar dalam ingatan. Dari segi pemakanan Harraz adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan Hariz. Selalu Haraz akan makan apa sahaja yang disediakan untuknya. Samada makanan pedas atau masakan ala barat atau kuih-muih.



Ini adalah gambar Harraz ( kanan) bersama Ridzal Hakim ...another sweetheart in the family. Mereka membesar bersama.

Harraz....mak harap Harraz akan jadi anak yang baik bila dah besar nanti ya...sepertimana Harraz semasa kecil dulu. Harraz tidak pernah menyusahkan kami sejak dari kecil lagi.

My Adash .....I love you so much.

Harraz, Hariz and Alia ..Harraz dah besar sekarang.






Harraz and Ridzal Hakim.....my young man.


The picture on the top.. my Adash and me. Sangat manja....I missed you so mucccchhhh!!!!



Gambar Hariz dan Harraz bersama rakan-rakan yang lain. They are all my sweetheart. Nureen dan Luqman (in yellow). Sarah (elder sister in purple) and Hannah.

Comments: (0)

Kami pernah terbaca mengenai Liwa di akhbar-akhbar tempatan di sini. Selalunya berita tentang Liwa ini akan terpampang di akhbar hanya pada musim panas. Ini adalah kerana acara tahunan "Dates Festival" akan diadakan pada bulan Julai. Sepanjang musim panas di UAE adalah musim kurma masak. Kami rasa teruja untuk melawat kawasan ini apabila hasil pengeluaran kurma yang sangat banyak dari sini. Sedangkan apa yang kami tahu tentang Liwa, kawasan ni termasuk dalam lengkongan "Empty Quarters" iaitu kawasan padang pasir yang kosong.



Oleh yang demikian kami membuat perancangan untuk pergi ke Liwa. Liwa terletak di dalam kawasan Abu Dhabi. Kami sebenarnya tidak berapa pasti tentang jarak ke Liwa tetapi apa yang pasti kami rasa sangat jauh untuk sampai ke sini. Mungkin kita boleh rujuk pada peta ini http://maps.google.com/?q=Liwa,%20Abu%20Dhabi&z=13. Disepanjang jalan ke Liwa kami hanya dapat melihat kawasan padang pasir yang kosong ...sejauh mata memandang. Tidak kelihatan sebarang kawasan penempatan. Kawasan yang berpenduduk yang pertama sekali kami temui adalah Hameem. MasyaAllah..betapa besarnya kuasa Allah. Hameem adalah kawasan yang subur. Padang pasir ini dipenuhi dengan pokok-pokok kurma yang subur. Alhamdulillah.
Ini ada pemandangan yang dapat dilihat setelah kami sampai di Hameem. Di tengah-tengah padang pasir ini kelihatan pokok kurma yang subur. Kami dapati ada banyak kawasan penanaman kurma disepanjang jalan sebelum kami sampai ke Mezaira'a.

Ini adalah salah satu kebun kurma yang besar. Kami dapati kurma ditanam secara berkelompok. Ini mungkin kerana kawasan yang berair (oasis) adalah terhad dan setiap satu kawasan (kebun) adalah milik individu. Dalam setiap kawasan ini terdapat kemudahan yang lengkap seperti tempat tinggal, masjid, sekolah dan kedai runcit. Ia kelihatan sebagai sebuah pekan kecil.Ini adalah sebuah masjid yang ada dalam salah satu kebun kurma. Ini menandakan kawasan ini mempunyai penduduk yang ramai. Kami dapati setiap kebun mempunyai masjid masing-masing.

Kali pertama kami sampai ke Liwa adalah pada bulan Januari iaitu masih musim sejuk. Tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan di Liwa pada masa ini. Kami berhasrat untuk datang lagi pada musim panas nanti. Kami perlu menanti sehingga musim panas supaya kami dapat menyaksikan "dates festival". Pada masa ini penanam-penanam kurma akan mempamerkan hasil mereka dan akan bertanding untuk mencari kurma yang terbaik.
Ini adalah antara kurma yang dipamerkan. Kurma ini sangat manis walaupun hanya sebahagian yang baru masak. Kami juga telah membeli sebakul kurma segar di pasar tradisional semasa pameran ini.Selepas membeli-belah di pasar kurma kami meneruskan perjalanan pulang ke Dubai. Sebelum kami pulang ke Dubai, sempat juga kami singgah di Madinat Zayed, Liwa. kami telah berkelah di taman awam di sana. kalau di Dubai ada juga taman-taman seperti ini seperti As-Safa park, Zabeel Park, Jumeirah Park dan lain-lain lagi. Tetapi di Madinat Zayed Park...masuk adalah percuma. Kami hanya berkelah dikawasan parking sahaja kerana pada musim panas ini tidak ada langsung orang datang ke taman tersebut. Pada masa ini hanya kami saja yang berada disini.Menu kami pada hari ini ialah Ayam goreng bercili, Masak Lemak Cili Api peria dengan ikan bilis, Sambal udang dengan petai, kangkung goreng dan ikan tenggiri jeruk yang digoreng. Sungguh enak bila dimakan beramai. Cuaca yang sangat panas menyebabkan lebih banyak peluh yang meleleh. Pada masa ini suhu adalah pada 46*C dan air mineral yang kami minum rasanya macam minum Teh Tarik (panasnya). Kalau ada lebih ramai lagi kawan-kawan yang turut serta semasa berkelah ini, mesti lagi seronok agaknya. Semua orang dah selesai menjamu selera. Setelah selesai kami pun bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke Dubai. Masih ada lebih kurang 200km lagi untuk sampai ke destinasi.
Comments: (0)
Kami ni memang sentiasa saja menantikan hujung minggu. Almaklumlah bila sudah 5 hari terperap di tingkat 20 Ghaya Residence ni..hujung minggu tu nak juga keluar berjalan-jalan. Masalahnya....kalau nak berjalan-jalan di shopping mall, anak-anak pulak tak berapa suka kerana penat bila berjalan tanpa tujuan. Kalau kami nak berkelah sekeluarga pulak, tak seronok kerana anak-anak semua dah besar. Kalau kami anak beranak saja yang berkelah pasti perkelahan itu akan membosankan kerana anak-anak akan sibuk dengan PSP masing-masing atau MP4nya. Kalau nak berkelah mesti ada ahli keluarga lain. Mujurlah Puan Raidah telepon dan ajak kami berkelah di Abu Dhabi. Pucuk dicita ulam mendatang. Seronok bukan kepalang tambahan pula kami akan bersama-sama puterinya dan ada Hanif juga.

Apabila kami nak berkelah, biasalah semua kelengkapan harus dibawa seperti tikar, kerusi malas, dapur mudah alih, cerek dan makanan. Sekarang kami tak perlu membuat persediaan untuk BBQ di rumah. Kami selalunya akan membeli ayam atau kambing untuk BBQ di Union Cooperative. Sedap juga. Semuanya anak-anak yang uruskan. Kami tinggal memberi arahan apa yang harus mereka buat. Alhamdulillah, anak-anak dah besar.


Apabila kami sampai di Abu Dhabi...kami dapati ribut pasir sangat kuat. Kemungkinan perkelahan akan dibatalkan. Kalau tak ke pantai kita boleh BBQ di rumah Puan Raidah kerana kawasan rumahnya luas. Cuma masalahnya nanti jiran-jiran Puan Raidah mesti akan mengadu dengan tuan rumah tentang masalah asap...alamak. tak seronok lah pulak. Akhirnya, selepas solat asar kami dapati ribut sudah pun reda dan kami pun lega. Kami akan bertolak kepantai tak lama lagi. Rupa-rupanya ada dua keluarga lagi akan menyertai perkelahan ini. Seronoknya!!!!



Setelah jumpa kawasan yang strategik maka kami pun mengeluarkan barang-barang dan......hidupkan api. Waktu yang ditunggu oleh anak-anak...BBQ session. Sebabnya resepi Puan Raidah memang sedap. Saya hanya membuat Sushi dan menggoreng karipap sardin di sana. Karipap sardin bila dimakan panas-panas memang sedap. Rupa-rupanya ramai yang suka makan Sushi. Seronok rasanya bila kita dapat menyediakan makanan kesukaan ramai. Hilang rasa rindu nak makan masakan Malaysia bila ada karipap di Abu Dhabi ni. Tambahan bila dapat dimakan panas-panas.


Banyak cerita yang kami nak kongsi. Ini ada lah kerana kami ada kawan baru yang datang dari Abu Dhabi. Seronok dapat bermain dengan kanak-kanak kerana mereka semua ada anak kecil. Hilang rindu kami pada Harraz, Hakim, Hariz dan yang lain-lain. Kaum bapa juga sibuk bersembang dengan geng masing-masing. Helmi sibuk dengan BBQ nya...dia memang pakar dalam bidang ini sambil di bantu oleh "Chef Shakir". Dia masih belajar.

Sungguh kami tidak menyangka akan berjumpa dengan kawan lama. Wan....sama-sama bekerja dengan suami di Perangsang International Sdn Bhd. Kenangan yang tidak akan kami lupakan seumur hidup kami iaitu peristiwa bersejarah di PISB. Kawan-kawan seperti Encik Jamaludin, Kamarul dan Arwah Rosdi. Alfatihah. Selepas selesai solat maghrib berjemaah dan makan malam kami pun berangkat pulang ke rumah masing-masing. InsyaAllah di masa lain kita akan berjumpa lagi.
Seronok bila berkelah di sini. Kita tak perlu bersusah payah mencari tempat untuk bentang tikar sebab semuanya adalah padang pasir dan susah nak jumpa pokok. Maka, dimana-mana pun boleh.
Dua orang kawan baru dari Abu Dhabi Ida dan Lin. Harap kita akan jumpa lagi.



Ha...inilah kerja kaum ibu iaitu menyediakan makanan.


Anak-anak paling seronok bila dapat bermain api. Mereka menghidupkan unggun api untuk membakar Marshmallow. Anak-anak membuatkan perkelahan ini lebih meriah.


En Mohd Shariff Ismail, En Wan Ibrahim dan En Helmi sedang menikmati hidangan.

Tukang tengok api....
Minta maaf ya...tak ingat nama. Cute baby tu.


Anaknda tersayang......betapa rindunya mak padamu. Jika diberikan pilihan...mahu juga ku pilih untuk bersamamu. Jika diberikan peluang...ingin juga ku pegang kamu. Jika ditetapkan masa.....pasti aku berlari mengejar masa itu. Oh...rindu yang tidak terungkap, sayang yang tidak terkata dan kasih yang tidak bersempadan.

Hakim. Sangat unik. Hakim .....datang ke rumah kami ketika umurnya 3 bulan. Hakim sangat manja dan dia telah mendapat perhatian penuh daripada kami. Hakim diberikan kasih dan sayang yang tak terhingga. Hakim sangat istimewa buat kami bila Hakim pandai memanggil kami mak....dan ayah. Sungguh istimewa......
Rasa seperti tidak dapat dipisahkan lagi. Kami dan Hakim ada satu. Dahulu, kini dan selamanya. Good friend Hakim mana?....kami masih ingat tentang itu. Hakim kami yang dulu...sentiasa dengan 'good friend'nya. Kini....'good friend' Hakim mana? .....dah campak ke dalam longkang jawabnya. Maknanya...Hakim dah besar sekarang.




Comments: (0)
Ini adalah trip pertama kami keluar dari UAE. Rancangan untuk ke Musandam, Oman telah dicadang sejak lama dulu. Cuma nak menggu cuaca yang sesuai, tidak terlalu panas dan juga tidak sejuk. Ini adalah kerana kami akan berada di atas Dhow Tradisional untuk jangkamasa yang panjang. Kami tak mahu kulit terbakar kerana panas atau kesejukan apabila angin bertiup. Alhamdulillah...semua sudah diatur.

Van datang menjemput kami di Discovery Gardens pada jam 06.30 dan perjalanan ke Musandam akan mengambil masa selama 4 jam. Sepanjang perjalanan ke Khasab dapati kawasan ini berbukit bukau. Bukit yang langsung tidak ada pokok-pokok, iaitu bukit batu. Sungguh menakjubkan kuasa Allah. Allah menjadikan apa yang dikehendakinya. pemandu van sudah mahir dengan selok - belok bukit disini. Kami sampai di Khasab tepat pada waktunya iaitu jam 10.30 pagi. Dhow akan mula bergerak ke Musandam jam 10.45 pagi.

Sampai di sana kami telah disambut dengan gembira oleh "Tour Guide" kami. Kami terus menaiki Dhow dan mereuskan perjalanan ke Musandam. Sepanjang jalan kami hanya nampak gunung batu..masyaAllah. Hanya Allah yang berkuasa untuk menjadikan sesuatu. Kami berada di Teluk Parsi. Iran hanya 50km nautika dari tempat kami berada pada masa itu. Pengalaman pertama kami menaiki boat di laut luas. Lautan biru yang indah lagi bersih dengan air yang kehijauan.

Dhow yang kami naiki ini boleh memuatkan seramai 21 orang penumpang. Selain daripada kami ada juga penumpang dari negara lain. Sepanjang perjalanan kami dihiburkan dengan lagu-lagu arab dan juga dihidang dengan makanan orang arab. Makanan tengahari, minuman, buah-buahan dan jus adalah termasuk dalam pakej rombongan ini. Makanan yang disajikan semuanya sedap-sedap belaka. Saya pun makan berulang-ulang. Dalam perjalanan kami nampak perkampungan tradisi orang arab. Terdapat lebih kurang 150 orang penduduk yang tinggal disini. Walaupun kawasan ini sangat terpencil tetapi bekalan elektrik dan air bersih disediakan oleh pemerintah. Apa yang paling menghairankan kami ialah tiang-tiang elektrik yang ditegakkan di gunung batu ini.


Seronoknya, kami juga diberi kesempatan untuk berenang dan snorkelling di persisiran pantai yang berhampiran dengan gunung-gunung batu. Kami dapat menyaksikan keindahan alam didasarnya....sekumpulan ikan yang berenang bebas diair bersih. Penyu juga datang mendekati kami. sayangnya kami tidak ada kamera yang boleh dibawa masuk kedalam air untuk merakamkan saat yang indah itu. Kami juga telah bertemu dengan sekumpulan ikan lumba-lumba yang cuba untuk bertanding dengan boat kami.

Semasa kami sampai di Dubai, rumah kami telah disediakan oleh pihak syarikat tempat Ayang bekerja. Penempatan baru bagi pekerja Drydocks World, Palm Marine dan Platinum Yacht adalah di Building 115, Street 6 A, Discovery Gardens. Appartment kami ialah unit 406, iaitu unit disebelah hujung. Apartment ini ada 2 bilik tidur, 3 bilik air, 1 bilik stor, 1 bilik mesih basuh, ruang tamu, ruang makan dan dapur. Keluasan appartment ini sangat sesuai untuk kami sekeluarga hanya bilik yang disediakan tidak mencukupi. Ini adalah kerana kami mempunyai 2 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Walau bagaimanapun, saya telah menempatkan mereka di bilik tidur utama kerana ruang yang lebih besar. Mereka akan berkongsi bilik tidur yang sama.

Rumah ini adalah kosong semasa kami sampai. Semua perabut kami pilih dan beli sendiri dengan wang yang diberikan oleh syarikat. Kami dapat memilih perabut yang sesuai dengan ruang yang terhad. Kami berasa sangat selesa tinggal di rumah ini. Rumah kami juga disediakan dengan balkoni untuk kami bersantai dan menikmati pemandangan sekeliling bangunan. Rumah kami menghadap padang pasir yang luas dan dihiasi dengan pokok kurma.

Kawasan perumahan ini baru sahaja siap semasa kami pindah. Penghuninya masih belum ramai lagi. Kami ada keluarga kedua yang masuk ke bangunan 115 tersebut. Teksi pun tak tahu macamana nak ke sana. Tetapi lama-kelamaan penduduk pun bertambah dan bila waktu petang ramai kanak-kanak yang bermain di kawasan padang. Seronok juga bila tengok kanak-kanak dari berbagai warna kulit main bersama-sama.


Mula-mula dulu hanya anak kami yang naik bas bila nak ke sekolah dari bangunan tersebut. Semakin lama semakin banyak bas dari sekolah yang berlainan masuk ke kawasan kami. Bas dari sekolah anak kami pun ada 2 buah yang masuk mengambil dan menghantar kanak-kanak di kawasan ini. Oleh yang demikian, kawasan perumahan ini sangat sibuk dengan bas sekolah pada waktu pagi dan tengahari.


Kawasan sekitar Discovery Gardens ni di tanam dengan pokok kurma sebagai landskap selain daripada pokok-pokok bunga. Apabila penghujung musim sejuk, pokok kurma ini berbunga dan buahnya mulai masak pada musim panas. Kami dapat memetik buah kurma yang masak dari pokok. Buah kurma ni kalau belum masak rasanya sangat kelat tetapi apabila buahnya dah tua rasanya sangat sedap. Buahnya rangup dan rasanya pahit-pahit manis. Kami rasa puas dapat petik buah kurma dan makan buah kurma segar. Pengalaman yang tak dapat kami lupakan.

Discovery Garden adalah kawasan perumahan yang baru dibuka. Kedai runcit dan masjid belum ada lagi. Kedai untuk membeli barangan dapur paling dekat lebih kurang 5 km dan masjid paling dekat lebih kurang 4 km. Kami terpaksa berjalan kaki untuk pergi dan balik ke kedai atau ke masjid. Kalau musim panas berjalan kaki sejauh 10 km ...rasa macam nak menangis juga. Tetapi masa tu kami tak ada kereta. Teksi tak mahu hantar sebab terlalu dekat dan bas pun belum masuk ke kawasan ini. Kalau cerita pasal teksi ni...rasa macam nak balik duduk Malaysia. Bayangkan lah, kami membeli barang dengan banyak sekali dari kedai terdekat dan telah beratur menunggu teksi. Bila tiba giliran teksi kami...kami terus masukkan barang kedalam teksi tersebut. Bila dah duduk dalam teksi tu kami pun menyuruh pemandu teksi menghantar kami ke Discovery Garden. Dia terus turunkan semula barang kami dan katanya terlalu dekat untuk dia pergi dan tambangnya murah. Kami pun hairan juga, kami dah masukkan barang ke dalam keretanya dan dia sanggup untuk menolong kami keluarkan semula barang-barang tersebut. MasyaAllah hanya Allah yang tahu betapa sedihnya kami pada waktu itu. Selepas peristiwa ini kami tak pernah lagi naik teksi, walaupun kami membeli barang yang banyak kami akan jalan kaki untuk balik ke rumah. Lama- kelamaan perjalanan 10 km itu sudah menjadi kebiasaan bagi kami sekeluarga. Alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah....


Apabila Ayang sudah mendapat lesen memandu dan sudah mempunyai kereta...ramai pemandu teksi yang berhenti bila kami jalan kaki pada waktu petang. Pada masa itu kami tak perlu lagi pada pemandu teksi. Kami juga sudah mempunyai stamina yang cukup untuk berjalan kaki pada jarak jauh walaupun lebih dari 10 km. Pengajaran buat pemandu teksi semua..jangan terlalu tamak sebab orang yang tamak akan selalu rugi macam anjing dengan bayang-bayang.

Sekarang, Discovery Gardens sudah meriah. Supermarket dan kedai runcit pun sudah dibuka. Restoran dan masjid juga ada. Jalanraya pun mulai sibuk. Hotel-hotel pun ada juga. Tapi kami sudah meninggalkan Discovery Gardens