Advertise Here

JB's Colourful Life

- Another Blogger Blog's

Ini adalah trip pertama kami keluar dari UAE. Rancangan untuk ke Musandam, Oman telah dicadang sejak lama dulu. Cuma nak menggu cuaca yang sesuai, tidak terlalu panas dan juga tidak sejuk. Ini adalah kerana kami akan berada di atas Dhow Tradisional untuk jangkamasa yang panjang. Kami tak mahu kulit terbakar kerana panas atau kesejukan apabila angin bertiup. Alhamdulillah...semua sudah diatur.

Van datang menjemput kami di Discovery Gardens pada jam 06.30 dan perjalanan ke Musandam akan mengambil masa selama 4 jam. Sepanjang perjalanan ke Khasab dapati kawasan ini berbukit bukau. Bukit yang langsung tidak ada pokok-pokok, iaitu bukit batu. Sungguh menakjubkan kuasa Allah. Allah menjadikan apa yang dikehendakinya. pemandu van sudah mahir dengan selok - belok bukit disini. Kami sampai di Khasab tepat pada waktunya iaitu jam 10.30 pagi. Dhow akan mula bergerak ke Musandam jam 10.45 pagi.

Sampai di sana kami telah disambut dengan gembira oleh "Tour Guide" kami. Kami terus menaiki Dhow dan mereuskan perjalanan ke Musandam. Sepanjang jalan kami hanya nampak gunung batu..masyaAllah. Hanya Allah yang berkuasa untuk menjadikan sesuatu. Kami berada di Teluk Parsi. Iran hanya 50km nautika dari tempat kami berada pada masa itu. Pengalaman pertama kami menaiki boat di laut luas. Lautan biru yang indah lagi bersih dengan air yang kehijauan.

Dhow yang kami naiki ini boleh memuatkan seramai 21 orang penumpang. Selain daripada kami ada juga penumpang dari negara lain. Sepanjang perjalanan kami dihiburkan dengan lagu-lagu arab dan juga dihidang dengan makanan orang arab. Makanan tengahari, minuman, buah-buahan dan jus adalah termasuk dalam pakej rombongan ini. Makanan yang disajikan semuanya sedap-sedap belaka. Saya pun makan berulang-ulang. Dalam perjalanan kami nampak perkampungan tradisi orang arab. Terdapat lebih kurang 150 orang penduduk yang tinggal disini. Walaupun kawasan ini sangat terpencil tetapi bekalan elektrik dan air bersih disediakan oleh pemerintah. Apa yang paling menghairankan kami ialah tiang-tiang elektrik yang ditegakkan di gunung batu ini.


Seronoknya, kami juga diberi kesempatan untuk berenang dan snorkelling di persisiran pantai yang berhampiran dengan gunung-gunung batu. Kami dapat menyaksikan keindahan alam didasarnya....sekumpulan ikan yang berenang bebas diair bersih. Penyu juga datang mendekati kami. sayangnya kami tidak ada kamera yang boleh dibawa masuk kedalam air untuk merakamkan saat yang indah itu. Kami juga telah bertemu dengan sekumpulan ikan lumba-lumba yang cuba untuk bertanding dengan boat kami.

0 comments:

Post a Comment