Advertise Here

JB's Colourful Life

- Another Blogger Blog's






Oktober 2009

Sebenarnya rancangan asal untuk ke Muscat Oman adalah untuk Chef Mohammad Ali dan keluarga sahaja. Memandangkan mereka hanya ada 3 orang sahaja, perjalanan yang jauh itu mungkin tidak menyeronokan. Saya telah mengumpulkan kawan-kawan yang lain untuk sama-sama memandu ke Muscat. Alhamdulillah...rancangan tersebut telah menjadi kenyataan. Maka trip ini telah disertai oleh rakyat dari tiga buah negara ASEAN iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Kami telah memulakan perjalanan pada awal pagi, jam 0630. Semua bekalan telah disiapkan pada malam hari. Annie dengan capati dan dhal, Nia masak Skutel....(makaroni bakar), Izah buat sambal nasi lemak dan saya telah masak nasi lemak. Kami bercadang untuk berkelah di wadi. Kami pernah melalui jalan ini dan ada wadi (anak sungai) yang cantik. Selepas sampai di sempadan UAE dengan Oman...kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat perkelahan untuk bersarapan. Alhamdulillah....wadi sudah ditemui dan kami pun berhenti disitu. Menjamu selera....

Selesai bersarapan dengan Nasi Lemak dan Capati....kami meneruskan perjalanan ke Oman. Kami bergerak secara konvoi dengan sebuah kereta dan 2 buah kenderaan pacuan empat roda. Penumpang kereta kami adalah terdiri dari 3 warganegara iaitu Atif dari Singapura, Hakim dari Indonesia dan kami dari Malaysia. Perjalanan kami memang jauh dan memenatkan tetapi kami semua gembira dapat berjalan beramai-ramai.

berhenti di Masjid Sultan Quboos di Muscat untuk solat jamak Zohor dan Asar. Masjidnya sungguh besar dan cantik. Penjaga masjid ini memberitahu bahawa pengunjung masjid mestilah menutup aurat dan tidak boleh memakai baju yang berlengan pendek. Oleh kerana masjid ini terlalu besar makan tempat wuduk dan ruang solatnya adalah jauh. Walaubagaimana pun kami berasa sangat gembira kerana dapat menunaikan solat di masjid terbesar di Oman.


Selesai solat kami meneruskan perjalanan untuk berkelah di Corniche Muscat. Kami dapati ramai sangat orang yang datang berkelah di sini. Ruang meletak kereta juga penuh. Kami telah memilih lokasi yang sangat sesuai untuk berehat. Kami membuka bekalan dan mula membakar ayam dan daging. Annie menyediakan Karak Tea. Andi dan Bob menguruskan BBQ. Nia dan Izah menyiapkan makan malam. Sambil berehat dan bersantai kami menikmati makan malam yang sederhana dan lazat.



Kami selamat sampai di Dubai jam 5 pagi pada keesokan harinya. Alhamdulillah.....ada satu hari untuk berehat setelah memandu lebih 12 jam. InsyaAllah tahun 2010 ini kita akan ke Salalah, Oman.

0 comments:

Post a Comment